May 30, 2013

Hati

Bila satu satu perkara melibatkan perasaan seperti sayang, cinta, suka, kasih
terhadap seseorang, aku rasa ialah sesuatu yang akan menyusahkan hidup.
Kerana kerana perkara ini boleh membahagiakan kita,
menggembirakan kita. Dan kadangkala akan menyakitkan kita.

Hanya dengan secebis perasaan suka membawa kepada perasaan sayang 
dan seterusnya pergi kepada cinta. 
Sesungguhnya, memang tidak aku nafikan tiga perkara ini juga akan membuat 
kita sebagai manusia merasa bahagia sehingga akhirnya. 

Tapi, terkadang kita lupa bahawa kita sebagai manusia 
memang tidak sempurna kehidupannya. 
Dari perasaan kasih yang wujud buat seketika boleh merubah kepada kekecewaan.
Kekecewaan yang mampu mengubah kehidupan alam manusia ini. 

Kekecewaan yang pernah aku alami dulu, tidak mahu aku ulangi lagi.
Tetapi, sepertinya aku merasa bahawa aku terjerumus kedalam perasaan perasaan ini
terhadap seorang hamba Allah dan anak cucu Adam. 

Dan sudah lama aku tidak merasai perasaan ini tiba tiba muncul kembali.
Aku fikir aku tiada perasaan perasaan ini, rupanya baru kini aku menemui seseorang 
yang bisa buat jantung berdetak kencang. 
Selalu terfikir dimana kekuatannya, sehingga aku suka akan dia sebegini rupa. 

Allah Maha Besar.. Setiap yang diatur ada hikmahnya. 
Mungkin ini adalah kata kata untuk sentiasa berfikiran positif.
Terima Kasih Ya Allah atas segala perasaan yang wujudkan ini. 

Oleh itu, aku cuba untuk tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadapnya. 
Kerna bila terlalu tinggi, makanya peluang untuk merasa sakit juga tinggi. 
Tetapi, seperti aku katakan tadi aku tidak tahu dimanakah kekuatannya.
Semakin aku cuba untuk tidak meletak harapan, dia datang memberi harapan baru yang lain.

Wahai Anak Adam, sekiranya tiada wujud perasaan kamu terhadap si dia.
Makanya, jangan kamu memberi harapan kepada si dia. Kerna seorang wanita mudah jatuh 
hati terhadap seorang yang insan yang mereka merasa kamu terlalu mengambil berat terhadapnya. 

Kami sebagai wanita, lembut hatinya. Tetapi harus ingat selembut hati kami
sekali sudah merasa kecewa kami bisa menjadi manusia yang sangat keras hatinya. 

Kepada Dear Awak, andai suatu hari nanti perasaan perasaan ini tidak aku berikan untuk kau.
Aku mengharap ada seorang Hawa bisa menjaga kau sebaiknya. 

Aku hanya bisa meletakkan kamu dihati aku, 
tetapi malangnya aku tidak pernah mendapat peluang memilikki kamu. 



No comments:

Post a Comment