May 26, 2013

Diary sepanjang May 2013

Alhamdulillah dah hampir petengahan tahun rupanya. So banyak nak diceritakan dan dikongsikan..

TAPI..! Aku kongsikan yang mana best dan mana yang aku ingat jela eh? 
April lalu berlangsungnya Anugerah Bintang Popular. As usual, kami peminat tegar Adi Putra 
bertungkus lumus nak memastikan yang beliau menang.. 

So, plan lah nak bawak berapa orang masuk stadium semua. Plan pakai baju ABP Merah Hotlovers.
Jadi, bila dah excited.. Last sekali aku yang tak dapat pergi stadium. *kuang kuang kuang*
Sebab nak siapkan assignment Finance! Esok hari isnin tu nak kena hantar. Sadisnya kan? 
Tapi, dalam sibuk buat assignment sokong tetap sokong jerit tetap jerit *depan tv jer -,-*

Akhirnya malangya Abang Adi tak menang.. Tapi takpe! Ddah tak menang nak buat macam mana kan? 
Politik semua tu.. 
Takpe, Abang Adi you are always hero hotlovers.

NEXT! Baru baru ni kakak sulong aku dah mendirikan rumah tangga. *alhamdulillah*
Actually, rasa awkward ada abang ipaq. HAHAHA 
Sebab selama 20 tahun aku hidup dalam rumah ni, abah seorang je berjantina lelaki.
Then, tetiba ada orang lain kan ? But, still trying to used to it. 

After, a few days kakak aku kahwin. Aku pergi honeymoon!
Chaipp! Honeymoon dengan kawan kawan lah. Kakak aku yang kahwin aku yang pergi honeymoon dulu.
Aku dengan kawan kawan pergi Penang.. HAHAH segala plan dan rancangan alhamdulillah berjalan dengan lancar je. And this is the best trip ever. Aku memang nak pergi lagi Penang. 

Di sebalik cerita dekat Penang pun best. Kami bergerak dari KL ke utara jam 6:30pagi, 
*bukan apa nak elak jam je sebenarnya.*
Lepas tu, kami singgah Ipoh dulu.. buat apa? Apa lagi pergi cari Nasi Ganja Ipoh lerrrrr.
Memang terbaik lah wa cakap lu an.Kami bungkus lepas tu makan dekat RnR Taiping. Heaven siaaaaa. 
*aku nak buat lagi macam tuuuuuuu!!!*

Lepas tu dah macam lewat sangat dah pukul 12 tengahari ni. Kami terus bergerak menuju ke Penang. 
This is my first time have been in Penang. Bila, melepasi Tol Juru dan menuju ke Jambatan Tersohor Pulau Pinang. Aku adalah orang pertama yang sangat excited. Siap bukak tingkap, menjerit. 
*haha kesiaaaaaan macam sakai pun ada. tapi AAK?*

Jadi kami terus ke Batu Feringghi cari tempat untuk bermalam. Dan kami memilih sebuah apartment 
Seaview Hotel Apartment (Sri Sayang). Harga apartment not bad jugak. 
Standard - rm188.
VIP Suites - rm258

So dah check in apartment, kami semua apa lagi masing masig berenang atas katil yeop! 
Bukan, apa dah exhausted sangat. Lepas tu pukul 6 turun mandi swimming pool. HAHHAAH 
terus kenangan menjadi kanak kanak mengimbau aku. hehe!
Malam tu kami ke Gurney Drive pekena pasemboq!  Haaaa makan punya makan, last sekali makan pasemboq je.. 4 pinggan, kena rm97! Haaaaaa kau makan pasemboq je. Terkejut beruk aku.. 

Aduii tapi apa pun benda dah selamat dalam perut. *pfffffft*
Lepas pekena pasemboq rm97 kami ke night market Batu Feringghi. we! Shopping twyme. 
Tapi, pergi tengok je, banyak tak berkenan. Lepas tu balik apartment tidur laaaaa. hehe

Keesokannya, kami ke War Museum. Harga War Musem 
Malaysian Citizen - rm20 . So, they welcome us back to Malayan and feel how to be in World War 2. 
Untuk rakyat Malaysia yang rasa rm20 tu mahal, hmm aku tak tau ah nak cakap apa. Tapi, sangat menyeronokkan. Selepas ke War Museum kami p pekena Nasi Kandaq Beratoq Line Clear, wallahhh! 
*sedap thoqqqqqq*

Selesai dengan Nasi Kandaq kami menuju ke Ferry Terminal dan off to KL. 
Time tu rasa macam tak puas lagi nak jelajah Penang! Memang nak pergi lagii nantiii. 

Sebelum aku off to Penang. Aku ada check result exam aku. Alhamdulillah! 
Nasib baik aku lulus.. Aku sebelum bukak nak check result tu dok fikir negative je. 
Oleh kerana itu, boleh lah aku masuk Semester ke3 dengan perasaan dan pemikiran yang baru. 

Semester ke3 aku bermula pada 3 June ini. Welcome back to college! 
huwarghh macam tak puas cutiiii je.

No comments:

Post a Comment